Thursday 24 November 2016

Happy Friday

Assalamualaikum ~ Salam Jumaat Hari Barakah!

Setiap manusia ada jalan cerita kehidupan dia sendiri. Baik buruk semua di lalui, beza nya macam mana seseorang tu nak handle dan selesaikan masalah atau sesuatu pekara tuu.

Tiap manusia diciptakan pasangan dia sendiri. Dari dalam perut dah tertulis bila dilahirkan bila wafat bila kahwin dengan siapa rezeki tahap mana semua nya. Betul ke dari dalam perut? ntah tapi aku pasti semua tu dah tertulis qada dan qadar dia. Yes setiap manusia tu akan dapat ujian dan kelebihan dia tersendiri.

SYUKUR ~~

Ya Allah jauh kan la aku dari sifat ketidak puasan dengan segala aspek. Kau berikan lah aku kekuatan dalam meneruskan kehidupan dan menjadi seorang hambamu yang bersifat mahmudah. Jauhkan lah aku dari sifat mazmumah yang engaku murkai.

Ya Allah berikanlah kebahagian dalam kehidupan rumah tangga kami, berikan lah sifat cukup untuk segalanya dalam rumah tangga kami. Bahagiakan la kami, berikan kami rezeki dalam meneruskan kehidupan di dunia ini, berikan kami rezeki dalam beribadah untuk bekalan kami kelak. Kau berkati la sayangi lah hubungan ini. Hanya Kau segalanya Ya Allah. Amin

Sahabat ni utk selamanya, jangan berkawan sampai satu tahap ada benda berlaku terus putuskan hubungan sesuka hati. Rindu la sayang la hubungan tu. Bukan sekejap kita cipta. Bertahun kita berkawan, setiap yang terjadi ada hikmah dan jalan cerita dia. Jangan lah kau memadam dan menimbus hugungan persahabatan yang kita bina selama bertahun lamanya.

Sebenarnya aku rindu. sangat rindu. Hanya Allah yang tahu. Rindu sahabat yang dah lama menghilang. Sahabat baik dulu bukan lagi untuk kini. Sedih..

Aku ni manusia biasa ada sifat rindu dan segalanya, Sahabat kat sana tak rindu saya eh? Tak ingat semua kenangan kita? tak apa. Jaga diri. InsyaAllah Allah maha merancang,. Dia tahu segalanya. Moga sahabat terus gembira dgn yang tersayang. Saya sentiasa doakan awak. insyaAllah amin :)

Moga Allah rahmati kita semua.

Much love. Salam